Dipetik dari buku bekalan bagi para daie bertajuk
"Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah” karangan oleh Fathi Yakan.
Firman Allah swt dalam surah Al-A’raf: ayat 201 yang
bermaksud :
“Sesungguhnya
orang-orang yang bertakwa ketika mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka
segera mengingati Allah dan ketika itu juga mereka sedari
kesalahan-kesalahannya.”
Di antara tanda-tanda hati masih hidup ialah takutnya
seseorang itu terhadap Allah swt dan kemurkaanNya. Hati yang sihat adalah hati
yang bersih dari keinginan menipu, dengki dan permusuhan. Dalam hadith
Rasulullah saw ada diriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernah ditanya: “Siapakah
orang yang paling baik ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah: “Tiap Mu’min yang
makhmumu’l Qalbi” Baginda ditanya: Apakah yang dimaksudkan dengan Makhmumu’l
Qalbi? Baginda menjawab: “Iaitu orang yang amat bertaqwa, tidak menipu, zalim,
khianat, mengambil yang bukan hak dan tidak menaruh hasad dan dengki.”
Hati yang
selamat pula ialah tenang dalam menghadapi sebarang keadaan, sifat lapang dada
dan jauh pandangan. Nur Ilahi yang menerangi jiwa seorang pendakwah membawa
individu itu menjadi seorang yang berlapang dada dan banyak bersabar.
“Hanya dengan mengingati Allah sahaja, hati-hati akan
menjadi tenang tenteram.”
(Ar-Ra’du: Ayat
28)
Kehidupan seorang pendakwah amat diuji dengan pelbagai ujian dan mehnah
yang tersendiri sama ada ujian yang berbentuk keluarga, harta, sahabat,
perasaan dan emosi mereka sendiri. Justeru, amat penting bagi seorang pendakwah
untuk memelihara hati mereka agar dipandu oleh petunjuk Allah swt.
Panduan
dalam menjaga hati dapat dirangkumkan dalam 3 perkara iaitu:
1) Zikrullah
“Tiap sesuatu itu ada penggilapnya.
Penggilap bagi hati ialah zikrullah.Tidak ada (perbuatan) yang lebih
menyelamatkan seseorang dari azab Allah selain dari ZIKRULLAH. Sahabat
bertanya: “Jihad fi-sabilillah pun tidak boleh menandinginya?” Jawab Rasulullah
saw: “ Walaupun ia terus mencantas musuh dengan pedang sampai patah.”
2) Muraqabatullah
Setiap daie seharusnya bertaqarrub
dengan Allah dalam setiap tindak-tanduk, urusan, perkataan, amalan, perasaan
dan runtutan emosi.
Urusan hidup (mengikut buku Bahtera
Penyelamat dalam Kehidupan Pendakwah) terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
a. Suatu yang jelas, baik dan wajar
b. Yang jelas buruk dan merugikan
maka hendaklah dihindari
c. Suatu yang kabur, maka hendaklah
ditanyakan tentang itu kepada orang yang tahu.
3) Berjihad
Melawan Hawa Nafsu
Yahya bin Mu’adz berpesan :
“Berjihadlah melawan hawa nafsu dengan Riadhah (latihan Rohani).
Latihan
Riadhah ialah :
a. Sedikit makan
b. Sedikit Tidur
c. Bercakap Sekadar Perlu
d. Sabar Menanggung Gangguan orang
lain
No comments:
Post a Comment