Tuesday, September 25, 2012

MENGAPA FGVH PERLU DITENTANG??



1.       Penyenaraian ini melibatkan 360,000 hektar tanah Felda Plantation yg sepatutnya diagihkan kpd anak-anak peneroka yg layak.

2.       Felda bakal kehilangan sejumlah besar pendapatan sekitar RM1.950 bilion dan akan mengalami deficit tahunan sekitar RM 1.428 bilion selepas penyenaraian.

3.       Saham-saham Felda akan dibuka kepada umum.Ini bermakna sesiapa sahaja boleh membeli saham tersebut termasuk syarikat-syarikat asing seterusnya boleh menguasai Felda di masa akan datang.

4.       Milikan saham majority (51%) peneroka dan kakitangan Felda di KPF bakal terjejas apabila dilupuskan dan diserahkan kpd FGVHB. Setelah penyenaraian, saham-saham ini hanya berjumlah 37% sahaja di FGVHB.

5.       Felda hanya tinggal nama apabila FGVHB yang akan menguasai seluruh asset dan perniagaan Felda. FGVHB juga akan memperolehi segala peruntukan/bantuan daripada kerajaan yang selama ini diberikan kepada Felda.

6.       FGVHB akan menguasai seluruh tanah-tanah di kawasan felda yang ada sekarang dan yang akan diluluskan kepada Felda di masa hadapan.

7.       Syarikat asing berpotensi menguasai saham majoriti Felda seperti yang berlaku kepada Felda Oil Product di mana saham milik Felda hanya tinggal sekitar 35% sahaja.

8.       FGVHB merupakan syarikat pelaburan Felda yang mengalami kerugian hingga RM500 juta dalam pelaburannya di luar Negara.

9.       Usaha penyenaraian ini menyebabkan tersingkirnya Pengarah Besar Felda, Dato’ Dzulkifli Abdul Wahab dan timbalan beliau, Abidin Abd Rahman secara tidak demokratik.

10.   Banyak peraturan dan undang-undang koperasi yang dilanggar oleh pihak kerajaan dalam usaha penyenaraian FGVHB ini. Contohnya :

a)      Perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi KPF melalui campur tangan kuasa menteri dengan membelakangkan Dzulkifli Abdul Wahab yang telah dilantik melalui mesyuarat agung beberapa bulan sebelumnya.
b)      Mengadakan mesyuarat melantik Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi KPF semasa pengerusi yang sah berada di Makkah kerana mengerjakan umrah.
c)       Isa Samad (lantikan kontrak) tidak layak sebagai ahli KPF (iaitu peneroka, keluarga dan kakitangan tetap Felda)
d)      Tempoh untuk layak dilantik sebagai Pengerusi KPF dan jawatan tertinggi lain (mengikut undang-undang kecil koperasi) adalah sekurang-kurangnya dua tahun setelah disahkan sebagai ahli, sedangkan Tan Sri Isa Samad hanya dua bulan.

No comments:

Post a Comment