Ringkasan isu Lynas di bawah diolah
untuk memberi kefahaman menyeluruh dan terperinci dari sumber-sumber yang sahih
kepada setiap insan manusia yang sayangkan nyawa dan persekitaran
sebelum bumi yang kita pinjam ini dipulangkan kembali kepada generasi yang akan
datang.
Terserah kepada pembaca untuk menilai
semua fakta-fakta ini.
1. Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140
buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit
oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang
juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan
bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau
Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL
Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan
di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah
kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan
Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan
projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan
rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di
Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.
2. 100% milik Lynas Australia.
3. Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011
(September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March).
4. Lesen untuk dibina diberi pada tahun
2008.
5. Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang
sahaja.
6. Akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare
earth oxide ' setahun.
7. Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8
Billion setahun.
8. Bebas Cukai selama 12 tahun.
9. China merupakan pembekal ‘rare
earth’ atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku
penurunan export nadir bumi atau ‘rare earth’ China dari 72% kepada 37% pada
tahun 2011.
10. Harga satu tan pada RM364, 800.
11. Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan
industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber
Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan
Ketenteraan dan Kereta Hybrid.
12. Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan ‘rare earth’
atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi.
13. Proses menghasilkan ‘rare earth’ atau nadir bumi secara umumnya:
a. Ore dilombong di Mount
Weld Australia.
b. Ore tersebut kemudiannya akan
dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini ‘rare earth
concentrate’ akan dihasilkan.
c. Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya
ialah menghasilkan ‘rare earth compounds’ dimana rawatan dengan menggunakan
bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan seterusnya.
d. ‘rare earth compounds’ tersebut akan
seterusnya diproses dengan menggunakan kuantiti bahan kimia yang
berbeza bergantung kepada jenis ‘rare earth’ atau nadir bumi itu, sama ada ia
ringan atau berat untuk menghasilkan ‘ rare earth oxides’ di mana ia
kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk.
e. Di kilang pengeluar produk
berteknologi tinggi, ‘rare earth oxides’ ini akan diproses sekali lagi juga
menggunakan teknik ‘solvent extraction’ untuk menghasilkan ‘rare earth metal’
yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk
menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.
14. ‘Rare earth ore’yang dilombong di Mount Weld mengandungi
beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan
radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium
dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan
radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam
menghasilkan tenaga nuklear.
15. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport dari Australia untuk
diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium
dan 0.16% Thorium untuk setiap metrik tan.
16. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport akan diproses untuk dijadikan ‘rare
earth oxide’ di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas
sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22
ribu tan setahun ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP
di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan
dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah
lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!.
17. Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti
yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA)
adalah seperti berikut:
a. Thorium-232 mempunyai jangka hayat
14 billion (14x109) tahun.
b. Thorium-230 dan Thorium-228
mempunyai jangka hayat 75,4000 tahun.
c. Pencemaran Thorium boleh merebak dengan
lebih meluas melalui air dan udara.
d. Mereka yang tinggal berdekatan tempat
yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya
Thorium.
e. Manusia boleh dijangkiti atau terdedah
dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.
f. Thorium yang dihidu atau disedut melalui
udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium
yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang
lama.
g. Risiko Kanser di tekak, tulang dan
pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium.
18. Kes 1: Syarikat Mitsubishi Chemical yang
terlibat dalam industri pemprosesan ‘rare earth’ di Bukit Merah dikaitan dengan
8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan
kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20
Tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.
19. Kes 2: Kebocoran radiasi di Fukushima
selepas bencana Gempa Bumi dan Tsunami mendesak kerajaan negeri Jepun yang
dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi
dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran
radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang
telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang
dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu.
20. Kes 3: Kesan toxic dan radioaktif dari industri
‘rare-earth’ di BaotouMongolia. Setiap proses ‘rare-earth’ bermula dari
perlombongan ‘ore’ ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak
menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan ‘ore’, bahan asid
akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya
Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid,
kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah
menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan
hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda
sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi
penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan
radioaktif itu.
21. Kes 4: Kajian yang dilakukan oleh Kolej
Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak
mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang
tinggal berdekatan dengan kawasan ‘rare-earth ore’ berkemungkinan mempunyai IQ
atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau
yang tinggal di kawasan yang terkawal.
22. Kesannya kepada sumber ekonomi negara khususnya kegiatan ekonomi rakyat di
sekitar Kuantan dan Kemaman:
a. Sektor Perlancongan khususnya di
Cherating Pahang (dalam Jarak 18-20 KM dari lokasi Kilang Lynas).
b. Sektor Perikanan di Kuantan adalah
antara yang terbesar. Terdapat 390 nelayan laut dalam yang berdaftar.
c. Sektor Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) khususnya makanan laut (Keropok Lekor, keropok, ikan bakar dan
sebagainya).
d. Nilai hartanah akan merudum kerana tiada
siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
e. Ancaman kepada syarikat berdekatan
khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals.
Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa
radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
f. Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar
negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif
daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
23. Pertikaian rakyat khususnya rakyat setempat adalah berkenaan:
a. ‘Public Consultation’ atau Konsultansi
dari pihak awam tidak pernah berlaku malah sebelum lesen untuk dibina
dikeluarkan pada tahun 2008.
b. Laporan penuh Jabatan Alam Sekitar tidak
dikongsi kepada rakyat, hanya Ringkasan Eksekutif yang dipaparkan di halaman
web.
c. Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan
kediaman. Jarak 2 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang.
Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dalam jarak 40KM
dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan
penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun.
Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu
secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu
orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima
35KM dari kawasan penempatan penduduk.
d. Cadangan untuk membawa masuk ‘rare earth
concentrate’ dari Mount Weld Australia ke Malaysia sebagai bahan bukan
radioaktif dari pelabuhan Kuantan.
e. Menteri Western Australia, Hon
Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah
milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
f. Sisa buangan radioaktif dari ‘rare
earth’ boleh dibuang sama seperti sampah domestik.
g. Percanggahan kenyataan
bahawa Mount Weld ‘ore’ yang dilombong di Austalia adalah jenis
lanthanide dan bukan monazite.
h. Panel bebas yang dilantik oleh Kerajaan
Malaysia iaitu IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tidak bebas dan berat
sebelah kerana mereka bukan ‘regulator’ atau pembuat undang-undang yang tiada
berkepentingan dalam sumber tenaga itu tetapi mereka adalah ‘promoter’ atau
pihak yang menyokong penggunaan sumber tenaga itu.
i. Panel bebas harus diwakili dan dilantik
oleh rakyat yang berkepentingan dalam isu ini.
j. Kelulusan untuk beroperasi tidak boleh
diberi selagi mereka tidak memenuhi piawaian yang dicadangkan oleh Molycorp
Minerals (California).
k. Piawaian negeri China yang
berkait dengan Perancangan Pengurusan Pemprosesan dan Sisa Buangan tidak
seharusnya digunakan. Sebagai contoh Menggunakan piawaian China GB9133-S3
dimana sisa buangan dengan aktiviti khusus yang kurang daripada 74Bq/g
diklasifikasikan sebagai bukan sisa radioaktif dan boleh
disimpan di kemudahan simpanan sisa biasa.
l. ‘Proof of Concept (POC)’ atau Bukti
Konsep seharusnya dibuat oleh Panel Pakar yang bebas dan ujian konsep ini
seharusnya dilakukan di Mount Weld Australia sendiri.
m. Cadangan membawa ‘rare earth’ bukan
sahaja dari Australiatapi juga dari Malawi. Berkemungkinan ‘rare earth’
dari negara lain akan dibawa ke Gebeng Kuantan. Gebeng Kuantan berkemungkinan
akan menjadi pusat serantau Asia malah dunia dalam penyimpanan sisa
radioaktif dari perlombongan ‘rare earth’.
n. Denda RM50 juta seperti yang termaktub
di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana
kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun LAMP.
Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi
ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.
Katakan Tidak Pada LYNAS!!!
No comments:
Post a Comment